Wednesday 14 November 2012

SENARAI NILAI - NILAI MORAL



SENARAI NILAI MORAL      
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Keyakinan wujudnya Tuhansebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan peganganagama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara


1.2 AMANAH

Sikap bertanggungjawab yangboleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain


1.3 HARGA DIRI
Keupayaan dan keyakinan diriagar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan


1.4 BERTANGGUNGJAWAB
Kesanggupan diri seseoranguntuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

1.5 HEMAH TINGGI
Beradap sopan dan berbudipekerti mulia dalam pergaulan seharian

1.6 TOLERANSI
Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan danperselisihan faham demi kesejahteraan hidup


1.7 BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupanmelakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuhdengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya majudalam melakukan sesuatu perkara

1.9 KASIH SAYANG
Kepekaan dan perasaan cintayang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.10 KEADILAN
Tindakan dan keputusan yangsaksama serta tidak berat sebelah

1.11 RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkanalasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskanpertimbangan yang wajar


1.12 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluandalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturanatau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain


BIDANG2 - KEKELUARGAAN

2.1 KASIH SAYANG TERHADAPKELUARGA
Perasaan cinta, kasih dansayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADAANGGOTA KELUARGA
Memuliakan setiap anggotakeluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untukmewujudkan keluarga yang harmoni

2.3 MENGEKALKAN TRADISIKEKELUARGAAN
Menerima, menghormati danmengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turuntemurun dalam keluarga

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAPKELUARGA
Kewajipan yang harusdilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluargabahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga


BIDANG3 - ALAM SEKITAR

3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAIALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunyamemelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbanganekosistem

3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIADENGAN ALAM SEKITAR
Keadaan saling memerlukanhubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualitikehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Pengekalan keseimbangan alamsekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup


3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAMSEKITAR
Prihatin terhadap persoalanyang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya




BIDANG4 - PATRIOTISME

4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan banggakepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingandiri


4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DANNEGARA
Kepatuhan dan kesetiaan yangberkekalan kepada Raja dan Negara

4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA

Kerelaan melakukan ataumenyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

BIDANG5 - HAK ASASI

5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
Membela, memberi naungan danmemelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna


5.2 MENGHORMATI HAK WANITA
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberisumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara


5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
Menghormati, menghargai danmengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunanNegara
 

5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGANKURANG BERUPAYA
Memberi layanan yang bersopankepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktirafmereka sebagai insan ciptaan Tuhan


5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
Membela dan memelihara hakindividu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan sertabarangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

BIDANG6 - DEMOKRASI

6.1 MEMATUHI PERATURAN DANUNDANG-UNDANG
Menerima dan mematuhiperaturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada


6.2 KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan berucap danmengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan danketenteraman

6.3 KEBEBASAN BERAGAMA
Kebebasan setiap individu untukmenganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalamPerlembagaan Malaysia

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAMPEMBANGUNAN NEGARA
Kebebasan untuk melibatkandiri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


6.5 SIKAP KETERBUKAAN
Bersedia memberi dan menerimapendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan normamasyarakat Malaysia


BIDANG 7 - KEAMANAN DANKEHARMONIAN
 

7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Hidup berbaik-baik antara satusama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengiraagama, bangsa dan budaya

7.2 SALING MEMBANTU DANBEKERJASAMA
Usaha yang baik dan membinayang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untukmencapai sesuatu matlamat


7.3 SALING MENGHORMATI ANTARANEGARA
Menghargai dan memuliakanhubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.















Cerita Semut Dan Belalang dibina bagi tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah rendah.


 
Pink Bobblehead Bunny

My Blog List

Term of Use

PENDIDIKAN MORAL Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Buy Engagement Rings | Infidelity in Marriage by Blogger Templates